Dalam dunia startup yang sentiasa bergerak laju ni, nama Irfan dan Haziq mungkin taklah segah nama-nama besar lain, tapi cerita perjalanan mereka di Universiti Malaya ni memang unik. Ini bukan pasal mereka buat platform digital semata-mata, tapi lebih kepada cerita pasal semangat gigih yang luar biasa, tak nak mengalah, dan macam mana kecerdasan buatan (AI) boleh jadi pemangkin utama dalam setiap langkah mereka. Bayangkan, platform Sukaskool.my tu macam kereta lumba yang boleh pecut dari 0 ke 120km/j sekelip mata – satu analogi untuk tunjuk betapa cepatnyamereka bertindak dan beradaptasi. Ini kisah inspirasi dua anak muda yang berani mencuba, belajar dari setiap pengalaman, dan merealisasikan impian dengan kerja keras. Memang betul-betul pandai ambil peluang!
Dari Asasi UM ke Dunia Bisnes: Setiap Langkah Sebagai Proses Pembelajaran

Zahran Irfan, pelajar tahun ketiga Fizik yang memang pandai cari dan ambil peluang, dan Haziq Halifi, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Perisian, mula-mula kenal sebab mereka sama-sama belajar di Pusat Asasi Universiti Malaya (PASUM). Irfan, yang dulu belajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah, dan Haziq dari Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak, tak tunggu lama untuk terjun ke dunia keusahawanan. Memang nampak yang mereka ni bukan jenis yang tunggu habis belajar baru nak buat, tapi terus praktiskan apa yang mereka belajar dalam dunia sebenar, dengan mentaliti bahawa setiap usahaitu proses nak sahkan idea mereka.
Percubaan pertama mereka pada tahun 2022 ialah ‘Jom Teroka’, satu platform pelancongan sukarela kos rendah yang mereka sertai dalam National Micro Enterprise Pitching Competition (NMEPC). Walaupun idea ni tak berapa nak ‘teroka’ jauh sebab konsepnya tak berapa kukuh, tapi ia jadi batu loncatan yang sangat berharga. Ia ajar mereka yang dalam dunia startup ni, kegagalan tu bukan penamat, tapi macam makmal untuk belajaryang paling efektif. Setiap kali tak jadi itu adalah data,dan setiap kesilapan tu adalah ilmu yang buat mereka makin matang.

Lepas tu, muncul pula ‘Parcel Malaya’, sistem penghantaran parcel untuk UM. Idea ni memang inovatif; guna ruang-ruang kosong kat kedai runcit atau koperasi sebagai tempat simpanan parcel – memang lain dari yang lain. Projek ni sikit je lagi nak dilancarkan dan dah dapat sikit dana, tapi biasalah, realiti hidup sebagai pelajar universiti. Ada komitmen akademik, exam – jadi nak taknak terpaksalah mereka tangguhkan projek ni. Bukan sebab mengalah atau apa, tapi bukti kegigihan mereka nak seimbangkan impian besar dengan tanggungjawab yang sudah sedia ada. Mereka belajar erti ‘persistence’ – terus mencuba, walaupun terpaksa hadap halangan yang tak dijangka, dan sentiasa cari peluang lain.
Dari SukaBooah ke Komuniti Suka: Gigihnya Irfan dan Haziq Bina Komuniti dan Ambil Peluang


Pada mulanya, mereka berkecimpung dalam perniagaan F&B menjual strawberi coklat dan jus.
Perjalanan ‘Suka’ ni bermula dengan ‘SukaBooah’, bisnes F&B yang jual strawberi, coklat, dan jus kat kafe dan kolej. Siapa sangka, dari jualan buah-buahan inilah bibit-bibit komuniti mula tumbuh.
Titik perubahan sebenar berlaku masa bazar Ramadan. Masa tu, kampus UM lengang sebab ramai studentkelas online. Nak pastikan jualan mereka diketahui, Irfan dan Haziq ambil inisiatif buat group WhatsApp. Dari sinilah lahirnya ‘Suka Niaga Community’, yang kemudiannya jadi ‘Suka Community’ – nama yang lebih mesra dan ada visi yang lebih besar.


SukaNiaga Community bermula sebaga tempat untuk mempromosi perniagaan yang dijalankan di dalam Universiti Malaya, terutamanya perniagaan daripada kumpulan “Suka” seperti SukaBooah.
Mereka ni bukan cuma tunggu je peluang datang bergolek, tapi mereka sendiri yang cipta potensi tu. Daripada sekadar promote SukaBooah, mereka buka platform ni kepada semua pelajar UM untuk promote bisnes, servis, atau inisiatif mereka secara percuma. Ini langkah bijak sebab ia isi kekosongan platform berpusat untuk bisnes pelajar kat UM. Hasilnya? Komuniti tu berkembang dengan sangat laju, macam komuniti tu memang dah lama dahagakan platform macam tu: 250 ahli pada hari pertama, 1,000 ahli dalam sebulan, dan sekarang group WhatsApp utama dah penuh 2,000 ahli, dengan group tambahan dekat Telegram cecah 1,700 ahli. Falsafah Irfan simple je, tapi mendalam: “Kalau kita tak beritahu, orang tak tahu,” dan lagi penting, “Kalau anda bina komuniti, anda boleh jual apa sahaja.” Inilah inti pati ketekunan mereka – bukan hanya bertahan, tapi terus cari jalan untuk berkembang dan bagi nilai, sentiasa uji dan ubah suai pendekatan mereka.
Tapi, nak urus komuniti sebesar ni, mustahillah tak ada cabaran, kan? Dah nama pun bisnes, mesti ada lah permasalahan yang mereka kena hadap. Isu macam ‘scammer’ yang sebarkan benda tak senonoh dan masalah komunikasi bila ahli group kritik promosi kawan-kawan selalu berlaku. Masalah ni perlukan pentadbir yang cekap dan bijaksana, sekaligus ujikemahiran kepimpinan dan penyelesaian masalah mereka secara langsung, memaksa mereka untuk sentiasa perbaiki strategi pengurusan komuniti. Walaupun belum dimonetisasi secara langsung, merekaada rancang untuk nak tawarkan servis iklan dan pengumuman berbayar, sebab setiap posting boleh cecah ribuan mata – satu potensi pendapatan yang besar dari komuniti yang dibina atas dasar kepercayaan dan keperluan.

Selain tu, mereka juga cuba ‘Suka Box Storage’, servis simpan barang pelajar masa cuti semester. Guna bilik kosong kat fakulti Irfan, projek ni berjaya jana lebih RM2,000 setiap semester – satu ‘kemenangan kecil’ yang buktikan mereka pandai nampak peluang dan bertindak pantas. Malah, ‘SukaBooah’ sendiri, walaupun jadi pemangkin kepada komuniti, turut catatkan jualan yang lumayan, membuktikan yang setiap usaha kecil mereka ada membuahkan hasil. Ini tunjukkan yang ‘small wins’ tu penting sebab ia tolong bina momentum dan keyakinan untuk terus melangkah, sahkan idea-idea kecil sebelum pergi ke yang lebih besar.
SukaSkool: AI Senjata Rahsia


SukaSkool dibina dalam masa kurag 54 Jam.
Idea SukaSkool ni sendiri hasil dari pemerhatian dan pembelajaran mereka yang tak pernah henti. Mula-mula, ia diilhamkan sebagai platform media sosial untuk hobi – melukis, memanah, robotik, coding. Irfan nampak peluang untuk luaskan definisi pendidikan ni, dan nakbezakan ia dari pasaran tuisyen yang dah tepu sejak bertahun-tahun lalu. Bagi dia, pendidikan tu luas, bukan setakat focus pada akademik je. Idea awal ni berjaya dapat RM500 dalam satu acara pitching kat UM, menunjukkan yang mereka ni sentiasa cari ‘blue ocean’ dalam setiap usaha, bukan sekadar ikut trend.

Tapi, masa bootcamp, ada satu ‘pivot’ strategik berlaku, didorong oleh pemahaman yang lebih mendalam pasalkeperluan pasaran. Konsep ni beralih kepada platform pendidikan akademik, dengan niat nak fokus dekat pelajar sekolah rendah dulu. Kat sinilah keajaiban teknologi dan kepantasan iterasi bertemu. Haziq, dengan bantuan Lovable – satu platform coding bertenaga AI – dan Microsoft Copilot, berjaya bangunkan keseluruhan platform SukaSkool dalam masa tak sampai 54 jam! Fuh, ini bukan setakat pencapaian teknikal biasa, tapi bukti macam mana alat yang betul, kalau gabungkan dengan kerja keras dan fokus, boleh ubah proses pembangunan. Haziq sendiri memang tekankan betapa “sangat-sangat berkuasanya” AI dalam penjanaan kod. Apa yang dulu ambil masa berbulan-bulan, sekarang boleh siap sekejap je. Ini ‘game changer’ yang membolehkan mereka uji idea digital dengan kepantasan yang luar biasa, satu kelebihan kompetitif yang susah nak ditandingi dalam dunia startup yang bergerak pantas.



Kebanyakkan tutor berdaftar adalah daripada kalangan pelajar Universiti Malaya sendiri.
Irfan pula, dari sudut bisnes, nampak AI ni sebagai alat penting untuk lancarkan produk dengan lebih cepat, bantu dalam coding dan analisis pemasaran. AImudahkan dan percepatkan proses uji idea digital, membolehkan mereka buat perubahan pantas berdasarkan maklum balas. Sekarang, SukaSkool dahada lebih dari 70 tutor berdaftar dan lebih 100 pengguna. Cabaran awal, macam nak kumpul dan paparkan butiran tutor secara lengkap – termasuk pengalaman mengajar spesifik untuk setiap subjek – dapat diatasi bantuan AI. Ini tunjuk yang dengan alat yang betul, ketekunan, dan minda yang sentiasa nak belajar dan beradaptasi, halangan boleh jadi peluang.
Fokus pada Pasaran: Strategi Bina Ekosistem dan Komuniti Berjiwa

Dalam bab nak tarik pengguna ni, Irfan tak fokus pada nombor je, tapi pasal macam mana nak bina jenama peribadi dan syarikat yang kukuh, serta pupuk komuniti yang ada ‘jiwa’. Dia bandingkan macam mana seorang ‘influencer’ boleh bina pengikut setia. Haziq pula, sebab dia pandai bab-bab teknikal, dia guna platform macam Threads untuk sasarkan ibu bapa dan pelajar. Bayangkan, satu posting ringkas kat platform tu boleh dapat sampai 20,000 tontonan dalam dua tiga hari! Ini bukan setakat statistik tau, tapi ini bukti betapa besarnya impak komunikasi yang tepat pada sasaran, berjaya tarik minat pelajar yang nak cari duit sampingan dengan memasarkan kemahiran mengajar mereka. Kebanyakan tutor mereka datang dari Threads dan rujukan kawan-kawan, tunjuk kekuatan ‘word-of-mouth’ dalam komuniti yang mereka bina, hasil dari usaha berterusan mereka dalam validasi pasaran.


Tutor boleh mengiklankan servis mereka sama ada kelas secara personal atau kelas secara berkumpulan.
Fokus utama mereka sekarang ni adalah nak rekrut lebih ramai tutor dan akademi, sebab mereka tahu, kekuatan ekosistem ni terletak pada kepelbagaian dan kualiti penyedia. Fasa seterusnya melibatkan pemasaran yang lebih agresif kepada ibu bapa, mungkin guna Facebook, sebab segmen ni masih kurang diterokai. Ini langkah strategik untuk pastikan pertumbuhan yang seimbang dan mampan, berdasarkan pemerhatian dan iterasi berterusan terhadap strategi pemasaran
Visi utama SukaSkool ni memang bercita-cita tinggi, lebih dari platform tempah kelas. Mereka nak bina satu “ekosistem pendidikan” yang komprehensif dan berjiwa. Bermula dengan pelajar sekolah rendah, mereka rancang nak berkembang ke peringkat menengah dan seterusnya , merangkumi tutor persendirian, akademi, dan sekolah. Kumpulan Suka Community adalah nadi kepada ekosistem ni, jadi hab pusat untuk ibu bapa, pelajar, dan tutor berinteraksi, kongsi pengalaman, dan tukar pendapat. Ini bukan setakat ciri tambahan, tapi ‘unique value proposition’ yang bezakan mereka dari pesaing – satu komuniti yang hidup, tempat ilmu dan pengalaman bertaut, dibina atas dasar keperluan sebenar.

SukaSkool rancang nak jana pendapatan melalui komisen 10% dari setiap tempahan yang berjaya – satu model bisnes yang adil dan telus. Selain tu, ia juga akan berfungsi sebagai platform pengiklanan di mana tutor atau akademi boleh bayar untuk naikkan nama mereka kat laman utama. Ini strategi monetisasi yang bijak, gunakan trafik dan kepercayaan yang dah mereka bina melalui kerja keras.

Mereka bezakan diri dengan ingin menjadi “sekolah digital tanpa kelas dan guru,” macam model disruptif Airbnb (tanpa hartanah), Grab (tanpa kereta), dan Netflix (tanpa filem). Ini bukan analogi biasa, tapi satu deklarasi visi yang berani, hasil dari pemahaman mendalam tentang macam mana pasaran boleh diubah. Strategi ni letakkan SukaSkool sebagai penyatu dalam pasaran pendidikan yang berselerak, sekaligus bercita-cita untuk jadi platform tunggal yang satukan perkhidmatan pendidikan. Ia penuhi permintaan yang, macam yang mereka perhatikan, dah lama tunggu usahawan yang “cukup lapar untuk telan seluruh pasaran.” Kisah Irfan dan Haziq adalah bukti yang dengan ketekunan dalam buat kerja, kegigihan hadap cabaran, dan keupayaan untuk sentiasa perbaiki diri serta manfaatkan peluang yang ada, satu demi satu impian besar boleh jadi kenyataan, dengan bantuan teknologi dan semangat komuniti yang kental.